Selasa, 10 Ogos 2010

Perjumpaan Bersama Guru Besar

Hari ini guru besar mengadakan program perjumpaan ibu bapa murid tahun 6.Program bermula jam 11.00 pagi dengan ketibaan ibu bapa.Murid diletakkan bersama ibu bapa masing-masing.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Giman bin Ibrahim.Majlis dipimpin oleh Cikgu Norhanizan Mohd Noh.Seterusnya majlis taklimat program UPSR disampaikan oleh Cikgu Shamsul Hamzah.Beliau mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kerana dapat meluangkan masa untuk hadir ke program ini.

Beliau memaklumkan program UPSR untuk jangkamasa 41 hari.Pada 17 - 19 Ogos satu lagi ujian pengesanan UPSR akan dijalankan.Program ini dipanggil pecutan 1.Selepas itu segala kelemahan dan kekurangan yang dihadapi oleh calon UPSR akan dianalisis dan diperbaiki.Kemudian pada 30 Ogos dan 1 - 2 September sekali pecutan 2 akan dilaksanakan.Begitulah minggu berikutnya dengan membuat analisis pecutan 2.

Pada 4,5,6, dan 7 September iaitu cuti Pertengahan Semester 2 kelas tambahan masa cuti akan diadakan.Semua ibu bapa kena ambil tahu dan ambil berat dari segi kehadiran calon-calon.Kita akan bercuti hari raya selepas itu.Naik sekolah dijangka 14 atau 15 September.Pada 16 September Solat Hajat Perdana akan diadakan di Masjid Nurul Falah dan kita memohon agar semua calon akan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pada 17 September satu majlis penyerahan ilmu akan diadakan.Ibu bapa diharap dapat hadir ke majlis ini untuk bersama calon-calon dalam majlis penyerahan ilmu ini.Begitu juga pada petangnya calon-calon akan hadir ke sekolah untuk ikuti program pemurnian UPSR di mana para guru akan hadir bersama untuk memberikan tunjuk ajar dan peringatan kepada semua calon.Pada 18 September pula hari Sabtu semua calon diminta hadir bermula jam 8.00 pagi dan berakhir hingga ke petang selepas solat Asar.

Hari berikutnya calon-calon mesti berada di rumah bersama ibu bapa dan lakukanlah aktiviti mengulangkaji atau bersantai bersama keluarga.Ibu bapa diingatkan supaya sentiasa memberikan perhatian kepadaa anak-anak mereka dari segi pemakanan,kesihatan dan keselamatan agar tidak berlaku sebarang masalah.

Pada 21 - 23 September 2010 maka bermulalah peperiksaan UPSR.Ibu bapa atau penjaga dijemput hadir pada tarikh-tarikh tersebut bagi meraikan anak-anak dan memberikan sokongan dan galakan kepada mereka.Ibu bapa boleh melakukan aktiviti membaca Yasin dan solat hajat baik semasa berada di rumah atau di sekolah.Sama-samalah kita berdoa agar anak-anak kita berada dalam keadaan tenang dan selesa serta diberikan hidayah oleh Allah semasa menjawab peperiksaan UPSR nanti.

Program seterusnya adalah taklimat daripada guru besar dari segi pencapaian UPPM 1,2,dan 3. Beliau memaklumkan bahawa sekolah ini menduduki tempat kedua dari segi kedudukan sekolah Felda.Tempat pertama adalah SK Maokil 2 dengan 91% diikuti SK Redong dengan 83% dan SK Maokil 1 dengan 79%.Tujuan beliau adalah untuk berkenalan dengan ibu bapa kerana kesuntukan masa untuk beliau mengadakan program seperti ini selepas ini kerana akan menghadapi bulan ramadhan dan hari raya.

Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini.Semoga sekolah ini memperoleh keputusan yang cemerlang dan gemilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan