Jumaat, 15 Oktober 2010

Perkhemahan di Teluk Gorek,Mersing


8 hingga 10 Oktober yang lalu,SK LKTP Redong di bawah unit Kokurikulum telah mengadakan perkhemahan Badan Beruniform di Teluk Gorek Camp Site Mersing.Seramai 83 murid yang menyertai perkhemahan tersebut.Tepat jam 9.00 pagi dua buah bas mula bertolak.

Perkhemahan ini merupakan aktiviti tahunan di samping mengisi masa terluang kepada murid tahun 6 yang baru saja selesai menghadapi UPSR.Mereka ini diberikan pendedahan tentang kehidupan dan melatih keyakinan diri untuk hidup secara tak langsung.Bakat kepimpinan akan terbentuk hasil adanya percambahan fikiran dalam kumpulan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Sikap hidup bermasyarakat perlu dipupuk sedari kecil agar mereka ini menjadi aset dan pemimpin masa depan.

Perjalanan perkhemahan berjalan lancar.Semua rakan guru memberikan respon dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan perkhemahan ini.Selain itu dapat memberikan peluang kepada guru-guru menghilangkan rasa tekanan bekerja di sekolah.Ada yang berminat memancing meneruskan aktiviti mereka memancing.Tahniah juga kepada guru wanita yang membantu memasak untuk kita semua makan bersama-sama.Walau bagaimanapun kali ini memasak hanya dua kali sahaja.Ini disebabkan kami membuat tempahan makan daripada pihak pengurusan chalet dan camp site bagi meringankan bebanan guru untuk memasak.

Kerjasama daripada pelbagai pihak serta sumbangan kewangan memberikan dorongan dan kekuatan kepada kami dalam menjalankan aktiviti perkhemahan ini.Walaupun berasa penat dan keletihan namun ianya menyeronokkan.Semoga program ini akan menjadi pemangkin kepada rakan guru meneruskan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan