Pada 27 Julai yang lalu berlangsung UPPM3 untuk murid UPSR.Seramai 53 orang murid tahun enam mengambil ujian tersebut.UPPM3 merupakan penanda aras UPSR 2010 untuk sekolah ini. Setelah selesai keputusannya amat menggalakkan.Seramai 5 orang murid mendapat 5A berbanding UPPM2 yang lalu iaitu hanya seorang sahaja.Peratus keseluruhan meningkat kepada 83% manakala GPSnya 1.97.
Para guru tahun enam begitu teruja dengan keputusan ini.Namun begitu, para guru akan meneruskan momentum ini dengan membuat analisa dan memperbaiki keputusan terutama mata pelajaran matematik dan bahasa Inggeris.Satu mesyuarat akan diadakan untuk mengkaji dan membincangkan langkah seterusnya dalam usaha membaiki kelemahan dan mengatasinya agar keputusan nya menjadi lebih baik.
Semangat setiakawan dan kerjasama yang erat sebagai satu pasukan pastinya akan dapat menghasilkan satu kejayaan yang diinginkan.Berkat kerjasama dengan keikhlasan diri mudah-mudahan Allah memberkatinya.Tambahan pula semangat murid yang tida mengenal penat lelah dan berputus asa menjadikan para guru begitu komited dan bersemangat tinggi dalam mencapai matlamat sekolah menjadi sekolah pertama dalam Felda bagi negeri Johor.Kalau tahun 2009 sekolah ini mendapat tempat ketiga,mudah-mudahan kali ini akan memperoleh tempat kedua atau tempat pertama.
Ayuh teruslah rakan-rakan berjuang dan berdoa serta bertawakkal agar usaha kita beroleh kejayaan.InsyaAllah.Pihak pentadbiran akan terus menyokong dan memberikan galakan kepada semua warga kerja tahun enam dan semua murid tahun enam.Redong boleh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan