Selasa, 27 November 2012

Informasi Kahwin

Seorang rakan kita ustaz Mohd Ihsanuddin Che Jaffar akan melangsungkan perkahwinannya mengikut ketetapan Kad Jemputan yang telah diedarkan.Pihak KEBIRU telah mengusahakan idea kepada warga sekolah yang berhasrat untuk meraikan majlis tersebut.Kepada yang ingin pergi sendiri jalanlah sendiri.Yang ingin berkonvoi sila maklumkan kepada pengerusi KEBIRU.Beliau juga ada membuat tempahan tempat menginap kepada rakan yang ingin menginap di Kuantan.Malamnya pula ada sponser makan malam di rumah Ustazah Fatimah.Yang berhajat dipersilakan.Yang tak dapat hadir doakan kesejahteraan dan keberkatan untuk ustaz kita ni.Semoga diberkati dan dirahmati hingga ke syurga.Amin.

Informasi Warga SK FELDA Redong

Salam sejahtera semua warga sekolah redong.Selamat bercuti dan beristirehat.Gunakan masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah dan mencari sesuatu yang baru untuk dibawa dan dipraktikkan di sekolah pada tahun hadapan.Disamping duduk berehat dan bercuti-cuti Malaysia jangan lupa ilmu agama juga perlu dicari untuk memperkukuhkan iman dan taqwa kepada Allah.
Tahniah diucapkan kepada semua guru atas kerjasama dan sumbangan buah fikiran dalam menjayakan semua program sekolah pada tahun ini.Tahniah juga atas pencapaian cemerlang dalam UPSR dan kita akan terus kekalkan momentum kecemerlangan sekolah selagi hayat masih ada.
Untuk makluman semua warga sekolah pihak pengurusan sekolah telah berbincang bersetuju untuk mengadakan mesyuarat awal tahun seperti ketetapan di bawah:

Tarikh     : 26 Disember 2012
Masa      : 8.00 pagi - 9.00 pagi       - sesi 1 - En Zolkfili - Hal Perakam Waktu/cuti2/e-Pangkat
                9.00 pagi - 10.00 pagi     - sesi 2 - Cik Ain  - Kewangan/Buku Stok
               10.30 pagi - 1.00 ptg        - sesi 3 - GB - Pengurusan Sekolah
                2.15 ptg   - 4.15 ptg        - sesi 4 - PK 1 - Kurikulum
Tarikh      : 27 Disember 2012
Masa       : 8.00 pagi - 10.00 pagi    - sesi 5 - PK HEM
                 10.30 pagi - 12.30 tgh    - sesi 6 - PK KK
                  2.00 ptg - 4.00 ptg         - sesi 7 - Mesyuarat Panitia - BM,BI,PI.SN,MT dll.
* sesiapa yang ingin sponser makan tengah hari maklumkan kepada KEBIRU,sesungguhnya memberi itu lebih baik daripada meminta.

Jualan Buku akan dijalankan pada 28 dan 29 Disember 2012,Guru dijemput untuk membantu pengurusan jualan buku agar berjalan lancar.Guru Kelas yang telah dilantik harap pastikan kedudukan kerusi dan meja murid mencukupi dan keadaan kelas bersih dan teratur.
Pada 31 Disember 2012 pula akan dijalankan program orientasi Pra Sekolah dan Tahun 1.Dijemput rakan guru yang ada kelompangan masa dapat hadir untuk bersama dalam majlis yang akan dilangsungkan itu.Sekiranya ada urusan terutama rakan yang ingin menghantar anak ke sekolah asrama atau lain-lain sila maklumkan kepada pentadbiran sebagai makluman.Janganlah menyepi diri tanpa berita.
Untuk makluman bermula 1 Januari 2013 semua warga sekolah akan menggunakan Kad Perakam Waktu.Sila setkan jam tangan masing-masing mengikut waktu jam di Perakan Waktu untuk mengelakkan kesulitan sekirannya terlewat.Sila rakamkan waktu kedatangan sendiri,tidak boleh diwakilkan kepada orang lain.Uruslah kehadiran anda ke sekolah secara bijaksana.Jadilah hamba Allah bukan hamba manusia.Integriti dan keikhlasan hati amat dititik beratkan sebagai hamba Allah.Sesungguhnya mengikut kata ustaz dalam hidup apabila hendak memulakan sesuatu pekerjaan hendaklah dengan niat yang suci.Aku datang ke sekolah ini kerana mencari keredhaan Allah.In Sya Allah agar dipermudahkan segala urusan di dunia dan mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak.Amin.

Salam Takziah

Assalamualaikum,ucapan takziah untuk keluarga Encik Salleh Bin Hasan@Omar atas pemergian ibunya yang telah kembali ke Rahmatullah pada 26 November yang lalu.Semua warga SK Felda Redong mendoakan agar roh Almarhum dicucuri Rahmat dan bersama orang-orang yang Solehah.Jenazah almarhum telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Tenang jam 10.00 pagi sebaik sahaja tiba dari Hospital Segamat. Kepada keluarga almarhum diharapkan bersabar dan menerima ketatapan Allah dengan redha.Amin.

Isnin, 13 Februari 2012

1 Murid 1 Sukan

Satu program KPM yang perlu dilaksanakan setiap sekolah.Bermaksud setiap seorang murid mesti ada satu jenis sukan untuknya.Setelah bermesyuarat dan kata sepakat antara guru dan pentadbiran kata putus telah dibuat di mana sekolah ini akan mengadakan aktiviti 1 M 1 S pada setiap hari Selasa setiap minggu.Bermula jam 7.20 pagi hingga 8.20 pagi.Surat makluman ibu bapa telah dihantar dan setiap murid bermula tahun 1 hingga 6 setiap hari Selasa akan berpakaian sukan.Justeru,berlaku perubahan jadual waktu sekolah.Keadaan biasa pada hari Jumaat baliknya jam 11.40 pagi.Namun apabila terlaksananya aktiviti ini berlaku perubahan waktu balik iaitu pada jam 12.10 tengah hari.Tapi tak apalah demi menyahut seruan KPM kita kena akur dengan pekeliling yang dikeluarkan.Ibu bapa juga harus faham akan keadaan sedemikian.Berikan kerjasama kepada pihak sekolah dan sekiranya dikalangan ibu bapa yang berkemahiran dan sanggup untuk melatih murid dalam apa jua bidang permainan dan kebudayaan kami pihak sekolah amat-amat mengalu-alukan.Kami guru bukan tidak berkemampuan tetapi kesibukan waktu dengan keperluan semasa menjadikan kesempatan kami dalam setiap aktiviti amat terhad.Majulah sukan untuk sekolah ini.

Sukan berikutnya

Hari ini 13 Februari 2012.4 kenderaan guru digunakan untuk membawa kontinjen bola tampar sekolah ke MSSD Segamat.Pertandingan diadakan di SK Ladang Welch,Jementah.Dua pasukan terdiri lelaki dan perempuan dihantar.Guru pengiring yang terlibat terdiri daripada cikgu Badrol Hissam selaku Jurulatih Pasukan lelaki dan perempuan.Cikgu Shari selaku Pengurus Pasukan lelaki dan Cikgu Rahmawati selaku pengurus pasukan perempuan.Cikgu Noralazmi pula adalah pengadil.Setakat berita ini ditulis tiada maklumat diterima tentang pencapaian pasukan sekolah.Tahniah dan terima kasih rakan guru yang sanggup berkorban tenaga demi kemajuan sukan sekolah ini.

Bernulalah Aktiviti Sukan dan Permainan

  1. Pada 11 Februari yang lalu SK (FELDA) Redong telah menghantar dua pasukan sepak takraw ke pertandingan MSSK Labis.Pertandingan diadakan di Dewan Serbaguna Kg Paya Merah,Labis.Dua guru yang menghantar pasukan terdiri daripada Cikgu Badrol Hissam selaku Jurulatih dan Cikgu Mohamad Sharil selaku pengurus pasukan.8 pemain telah dihantar.Nampaknya sekolah ini masih lagi perlu pertingkatkan permainan mereka berbanding sekolah jiran iaitu SK Segamat Kecil.Projek Sukan untuk Kecemerlangan perlu ditentatifkan demi servival sukan dan kemajuan sekolah ini.Projek rintis perlu disusun bermula murid tahun 3 lagi.Pengorbanan guru juga terpaksa dikerahkan demi mencapai impian dan realiti menuju sekolah berprestasi tinggi.Tak mahulah hanya handal dari segi dokumentasi sahaja.Sama-sama gembeling tenaga.Yang muda pergunakan tenaga muda anda.Yang dah berumur nampaknya tenaga kita semakin lemah tetapi semangat kita begitu tinggi untuk melakukan pengorbanan ini.

Selasa, 29 November 2011

Tentatif Mesyuarat 2012

Makluman untuk semua guru SK LKTP Redong.

Mesyuarat Pengurusan Sekolah akan bermula seperti butiran berikut:

27/12/2011 - Mesyuarat Pengurusan Sekolah (Selasa)

28/12/2011 - Mesyuarat Pengurusan Kurikulum (Rabu)

29/12/2011 - Mesyuarat Pengurusan HEM (Khamis)

30/12/2011 - Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum (Jumaat)

31/12/2011 - Jualan Buku Latihan dan Buku Kerja / Pendaftaran Murid Tahun 1 (Sabtu)

Sekian untuk makluman dan tindakan semua rakan guru.Terima kasih.