Kini mereka bolehlah merehatkan minda daripada membaca buku pelajaran.Mereka boleh bermain di padang dan menjalankan aktiviti yang dirancangkan untuk mereka.Antara aktiviti yang dirancangkan adalah berkebun sayur.Satu kawasan yang agak sesuai di bahagian belakang sekolah ini dijadikan tempat untuk projek Buku Hijau.Tenaga mereka digunakan untuk mencangkul tanah dan menggali lubang untuk menanam benih seperti kacang panjang,bendi dan kangkung.
Benih diperoleh daripada seorang penjaga di kalangan murid tahun enam yang juga mengusahakan tanaman sayuran.Projek ini diketuai oleh cikgu Shamsul bersama cikgu Noralazmi.Semua murid telah memberikan kerjasama dalam menjayakan projek ini.Aktiviti ini bermula jam 7.45 pagi dan berakhir jam 8.30 pagi.Selepas itu,mereka dibenarkan bermain bola sepak untuk lelaki dan bola jaring untuk perempuan hinggalah ke pukul 10.00 pagi.Selepas itu mereka berehat.Menjelang 10.30 pagi aktiviti permainan dalaman dijalankan.Semua murid menjalankan aktiviti bermain permainan congkak,dam aji,catur,sahibba dan dam ular.Keadaan mereka terkawal kerana penegasan dan amaran telah diberikan diperingkat awal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan