Khamis, 18 Ogos 2011

Pelancaran Hari Merdeka



Pada 17 Ogos hari Rabu yang lalu diadakan pelancaran Bulan Kemerdekaan.Program bermula jam 10.10 pagi dengan semua murid dan guru berkumpul di Dewan Sri Permata.Majlis bermula jam 10.30 pagi dengan ketibaan tetamu jemputan bersama guru besar.Tetamu tersebut bernama En.Bukari Bin Sarno.Beliau merupakan peneroka Felda Redong.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Giman Ibrahim.Seterusnya tuan guru besar menyampaikan ucapan dan melancarkan program bulan kemerdekaan dengan rasminya.Seterusnya semua warga dewan berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku dan Bangsa Johor.Selepas itu diikuti dengan lagu-lagu patriotik.Ini diikuti dengan ceramah kemerdekaan yang disampaikan oleh Encik Bukari Bin Sarno.
Beliau menceritakan detik-detik negara mencapai kemerdekaan.Bagaimana Malaya mencapai merdeka dan bagaimana tarikh tersebut dipersetujui.Selama hampir sejam beliau berceloteh dengan gaya bahasa yang mudah difahami oleh semua warga dewan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan