Jumaat, 29 Julai 2011

Pelancaran Ihya Ramadhan 1432H

Panitia Agama Islam SK LKTP Redong di bawah pimpinan Ustaz Mohd Giman Bin Ibrahim telah diberikan amanah untuk mengadakan program Ihya Ramadhan sekolah ini.Justeru,semalam bertarikh 29 Julai 2011 bersamaan 27 Syaaban 1432H,berlangsungnya majlis pelancaran Ihya Ramadhan.
Selepas majlis bacaan Yaasin dan doa,majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada beliau. Beliau menjelaskan bahawa majlis ini merupakan program secara menyeluruh bagi semua sekolah di daerah Segamat.Majlis ini bertujuan untuk memperingati semua murid bahawa Ramadhan menjelang tiba.Ramadhan bulan yang mulia yang mana pada bulan ini kita umat Islam diwajibkan berpuasa.Banyak amalan-amalan sunat yang perlu dilakukan kerana pahalanya berlipat kali ganda.
Seterusnya beliau mempersilakan Tuan Hj Sulaiman Md Yusof selaku GPK 1 memberikan ucapan dan melancar rasmikan program Ihya Ramadhan.Dalam ucapan tersebut,GPK 1 menyampaikan salam takzim daripada Guru Besar,En.Kamaruddin Bin Ali kepada semua yang hadir kerana beliau tidak dapat bersama dalam majlis ini kerana menguruskan program kecemerlangan UPSR di FELSCO Bukit Rokan. Dalam ucapan seterusnya,beliau mengingatkan semua murid agar dapat melakukan amalan puasa ini dengan ikhlas dan jujur.Mengingatkan murid agar melakukan perkara yang baik.Untuk murid tahun enam,banyakkan solat sunat dan mohon kepada Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang kian menjelang.Akhir sekali beliau melancarkan program Ihya Ramadhan dengan rasminya.
Selepas itu Ustaz Mohd Giman menyampaikan Tazkirah Ramadhan dan mengingatkan semua murid pada puasa ini supaya berpuasa dengan hati yang ikhlas dan jujur.Pada bulan ini diadakan majlis tadarus Quran dan sebagainya.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan berupa wang dan pakaian kepada anak-anak yatim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan