Rabu, 4 Ogos 2010

Pertandingan Kawad Kaki 2010

Pada 24 Julai 2010 unit uniform SK LKTP Redong mengadakan pertandingan kawad kaki antara unit uniform.Antara pasukan yang turut serta adalah Pengakap,TKRS,Tunas Puteri dan Puteri Islam.Pertandingan bermula jam 9.00 pagi.Sebelum itu murid diberikan taklimat oleh Penyelaras Unit Uniform Cg.Rosdi Tugiman.

Pertandingan tersebut dihakimi oleh tiga pengadil iaitu Hj.Sulaiman Md Yusof,En.Adham dan En Rosdi Tugiman.Program berjalan dengan lancar dan ramai guru penasihat yang hadir untuk menyerikan aktiviti yang diadakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan