Akibat arus banjir yang deras dan kuat jalan keluar - masuk ke felda redong terputus.Bahagian penyembung antara jambatan dengan daratan jalan utama telah terputus di kedua-dua bahagian. Pihak ATM telah bertungkus lumus menyiapkan jambatan sementara iaitu jambatan besi bagi memberikan kemudahan kepada pengguna jalan raya berkenaan melaluinya nanti.Entah bilalah jambatan yang kekal akan dapat dibina.Sungai Redong di bahagian jambatan semakin melebar akibat hakisan air yang deras menyebabkan tebing sungai runtuh di bawa arus.Nasib baik lah buat masa ini cuti Tahun Baru Cina.Adalah seminggu kita semua bercuti tak pergi ke sekolah.Entah macam mana nak gi sekolah kalau keadaan jambatan itu tidak diberikan perhatian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan