Isnin, 31 Januari 2011

Penghargaan dan Terima Kasih

Kita merancang,Allah juga merancang.Namun perancangan Allah itu ada hikmahnya.Kita merancang untuk adakan latihan Larian Perdana Mahkota hari Sabtu yang lalu.Ramai kalangan murid yang hadir bersama rakan guru.Bermula dari tahun satu hinggalah ke tahun enam.Begitu bersemangat sekali mereka hadir dan ingin menyertai larian ini.Maklumlah inilah julung-julung kali diadakan untuk tahun 2011 ini.Terdapat juga kaum ibu yang begitu bersemangat untuk menyertai larian ini.
Tepat jam 8.30 pagi semua murid telah mula beratur di dataran kejat.Acara senam robik pimpinan cikgu Sharil dan beberapa instruktor yang lain begitu memberangsangkan sekali.Dengan irama lagu yang rancak dan gerak senaman yang menarik membuatkan murid teruja dan bersemangat sekali. Badan dah mula berpeluh,urat-urat dah mula tegang,namun di langit awan mendung mula berkumpul.Dan hujan mulalah turun dengan lebatnya.Semua murid diarahkan ke kantin untuk tindakan selanjutnya.Aku sebagai GPK Kokurikulum memikirkan apa yang patut aku buat untuk semua murid ini.Nak suruh balik awal lagi,tak kan nak merapu kat kantin pulak.Buang masa aje.
Dengan rahmat Allah memberikan aku kekuatan untuk meminta rakan guru menjalankan perjumpaan aktiviti Kelab Sukan dan Permainan.Aku meminta cikgu Sharil selaku penyelaras Kelab Sukan dan Permainan mengaturkan perjumpaan dan tempat kepada setiap ahli kelab bermula dari tahun 3 hingga tahun 6.Kerjasama rakan guru menerima respon plan B ini amat mengggalakkan.Alhamdulillah,semua murid mendapat sesuatu kebaikan dengan plan ini.Mereka dapat bertemu dengan guru penasihat kelab masing-masing.
Tepat jam 10.15 pagi barulah semua murid dibenarkan pulang.Keadaan hujan telah mula reda dan bolehlah murid beransur balik ke rumah masing-masing.Untuk rakan guru kena tunggu kat bilik gerakan kerana ada taklimat dan mesyuarat bersama guru besar.Terima kasih cikgu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan