Sabtu, 29 Januari 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan

Hari ini 29 Januari 2011 diadakan satu kursus dalaman untuk Kajian Tindakan.Fasilitator kali ini adalah Cg Zalman Fitrie.Perkara yang difokuskan adalah kaedah untuk membuat proposal kajian tindakan.Seramai 22 orang guru yang hadir termasuk guru besar daripada 26 guru.
Semua guru memberikan respon yang baik terhadap kursus yang dijalankan.
Selain itu guru besar memberikan informatif tentang integriti kakitangan awam semasa berkhidmat dengan kerajaan.Guru besar juga membentangkan bajet kewangan kepada semua guru terutama panitia dan cara untuk membelanjakannya.Ketelusan dan kejujuran perlu dalam berbelanja.Kita jangan terikat dengan cara dan kehendak pembekal.Kita adalah segalanya.Guru tidak perlu guna wang sendiri dalam berbelanja untuk aktiviti sekolah.
Bajet untuk sukan BSS bagi murid sekolah redong adalah RM4.Manakala bajet untuk kokurikulum adalah RM8 untuk satu kepala.
Sebelah paginya pula diadakan latihan larian perdana.Namun setelah diadakan senamrobik hujan pula turun.Justeru,buat plan B dan meminta penyelaras kelab sukan dan permainan mengisi masa dengan mengadakan perjumpaan bagi setiap kelab sukan dan permainan.Jadi tidaklah rugi masa murid untuk hadir ke sekolah hari ini.Walaupun tidak dapat menjalankan latihan larian perdana,namun murid dapat juga mengisi masa untuk menimba sesuatu daripada perjumpaan kelab sukan dan permainan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan