Sabtu, 29 Januari 2011

Larian Perdana

Satu program Larian Perdana akan diadakan pada 12 Februari 2011 bersamaan hari Sabtu. Semua murid diminta mengambil bahagian dengan mengisi borang penyertaan dan dikenakan bayaran sebanyak RM2.00. Konsep larian adalah jarak larian mestilah tidak kurang daripada 1 km dan laluannya adalah selamat.
Ibu dan bapa juga dipelawa menyertai larian ini dalam usaha memasyarakatkan sukan.Bayaran untuk penyertaan ibu dan bapa serta guru adalah RM3.00.Tiada hadiah disediakan dan larian ini akan dijalankan serentak di seluruh negeri Johor pada jam 8.45 pagi.
Antara kandungan program adalah semua peserta diminta mula berkumpul pada jam 7.30 pagi hingga 8.00.Acara pelancaran dimulakan jam 8.01 pagi dan dimulakan dengan taklimat dan ucapan pelancaran majlis.Seterusnya aktiviti senamrobik akan dijalankan.Bermula jam 8.45 pagi barulah upacara larian dimulakan dan dilepaskan oleh guru besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan