Satu program yang diilhamkan oleh Tuan Guru Besar,Cikgu Kamaruddin Bin Ali.Beliau merupakan AJK PIBG SM Sain Muar.Setelah mendapat lampu hijau dan idea daripada Pengetua sekolah tersebut,beliau mengambil kesempatan untuk membawa program ini ke SK LKTP Redong.
Setelah melalui beberapa mesyuarat antara pihak SAMURA dengan FELDA Redong,maka persetujuan dicapai untuk mengadakan program ini.Tujuannya adalah untuk membantu calon-calon UPSR sekolah ini tentang tip-tip kecemerlangan dalam peperiksaan.
Program bermula dengan kedatangan pelajar SAMURA daripada tingkatan 4 dan 5 seramai 30 orang terdiri daripada 14 lelaki dan 16 perempuan.Kesemua pelajar ini diagihkan kepada keluarga angkat yang terdiri daripada ibu bapa murid tahun 6 yang terpilih.Setiap keluarga angkat mempunyai 2 orang anak angkat.Program bermula pada 24 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011. Jam 9.30 pagi hari Jumaat pelajar ini tiba ke perkarangan sekolah.Mereka diserahkan dalam satu majlis yang dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ayub Bin Rahmat.Majlis yang julung-julung kali diadakan ini mendapat respon yang positif daripada semua pihak di Felda Redong ini.Di samping membantu dan membimbing calon UPSR mereka juga diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti melihat projek ternakan lembu, dan melihat sendiri suasana kehidupan penduduk kampung.Hal ini kerana kebanyakan pelajar ini terdiri daripada kalangan penduduk bandar.Kita tidak mahu mereka hanya berfikiran tentang kehidupan di bandar sahaja.Mereka perlu tahu tentang kesusahan penduduk di luar bandar.Mereka dapat merasai nikmat makanan buah durian dan mengutip sendiri durian yang baru sahaja gugur dari pokoknya.
Apa yang dilihat impak daripada program ini semangat calon UPSR 2011 ini mempunyai kesan yang positif.Bersemangat untuk belajar dan setiap kali diadakan ujian atau gerak gempur terdapat peningkatan dalam markah yang diperoleh.Hasilnya nanti kita sama-sama tunggu dalam peperiksaan UPSR yang semakin hampir.Semoga usaha sebegini mendapat rahmat daripada Allah dan sekolah ini akan terus mengukir kejayaan yang gemilang.Insya Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan