Sabtu, 12 Februari 2011

Larian Perdana Mahkota 2011

Larian Perdana Mahkota telah dilancarkan oleh YDP PIBG En.Mohd Jefri Bin Tusiman pada pagi tadi.Semua murid yang terlibat diucapkan tahniah kerana memberikan kerjasama kepada semua guru kerana perjalanan program hari ini berlancar dengan lancarnya.Majlis bermula jam 7.30 pagi dengan penyampaian taklimat oleh Cikgu Noralazmi.Kemudian juruacara majlis Cikgu Nurul Izzwaida telah menjemput Ustaz Mohd Giman memimpin bacaan doa semoga majlis yang dijalankan hari ini diredhai Allah dan semua peserta selamat.
Seterusnya,YDP PIBG memberikan sedikit ucapan dan melancarkan program.Tepat jam 8.00 pagi cikgu Mohamad Sharil memulakan langkah untuk memimpin senamrobik.Suasana majlis begitu ceria dengan cuaca yang redup memberikan semangat kepada semua murid mengikuti senamrobik dengan jayanya.
Jam 8.45 pagi program larian perdana dimulakan dengan YDP melepaskan murid tahun 1 dan Tahun 2.Ini diikuti dengan Tahun 3 dan Tahun 4 dan seterusnya Tahun 5 dan Tahun 6.Peserta terakhir dilepaskan adalah murid Pra Sekolah yang ingin turut serta menyertai larian ini.
Para guru pula menjalankan tugas masing-masing dengan kerjasama pekerja sekolah mengawasi perjalanan larian tersebut.
Perjalanan larian kira-kira 3 km melalui laluan kampung Felda Redong.Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang turut sama mengawasi perjalanan majlis.Jam 9.15 pagi semua murid telah mula sampai ke perkarangan sekolah.Mereka dihadiahkan dengan sebiji limau mandarin sebagai tanda tamat larian mereka. Pihak sekolah juga menyediakan jamuan ringan untuk semua murid yang mengambil bahagian.Begitu juga pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada PIBG yang sudi memberikan sumbangan untuk jamuan guru dan ibu bapa murid setelah selesai larian yang diadakan.Untuk semua guru diucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama menjayakan program yang julung kali diadakan. Semoga kita bertemu lagi dalam program merentas desa yang akan diadakan pada bulan Mac nanti.Satu Murid Satu Sukan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan