Rabu, 4 Ogos 2010

Aktiviti Latihan Asas Perkhemahan


Pada 10 Julai 2010,Pergerakan Puteri Islam bersama Pergerakan Tunas Pandu Puteri mengadakan Kursus Asas Perkhemahan untuk ahli-ahli mereka.Aktiviti diadakan di Gelanggang Bola Tampar.

Aktiviti bermula jam 8.30 pagi.Setiap murid diagihkan kepada beberapa kumpulan dan diberikan taklimat.Acara yang diadakan adalah aktiviti kawad kaki dan memasak.Acara kawad kaki diadakan bertujuan melatih murid supaya berdisiplin dan bekerjasama dalam kumpulan.Begitu juga dengan aktiviti memasak.Murid dilatih untuk memasak nasi goreng,menyediakan sandwich dan jemput-jemput.

Guru penasihat pula akan melantik beberapa orang guru sebagai hakim bagi setiap pertandingan diadakan.Aktiviti berjalan dengan lancar.Murid diberikan bahan-bahan untuk memasak.Guru Penasihat setiap kumpulan akan membimbing kumpulan masing-masing dalam menyediakan bahan dan cara untuk memasak.

Program diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada kumpulan memasak yang menang.Program berjalan lancar dan kerjasama semua pihak amat menggalakkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan